Thursday, July 21, 2011

Engkau ni pelindung ke pengkhianat ??


 Aku tengah garang.
Aku tengah marah.
Aku rasa macam nak kunyak kunyah gegendang telinga seseorang
Tekanan darah aku naik mendadak.
Harini aku masak tomyam guna sos cili.
Harini jugak aku basuh pinggan pakai siku.



SEBAB NI LAH PUNCA DIA !






JOHOR BAHRU – Seorang remaja berusia 16 tahun ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila mangsa dibunuh dan dibakar sebanyak dua kali sebelum cebisan mayatnya ditemui di Tanah Perkuburan Hindu, Masai dekat sini kelmarin.
Mayat mangsa, Nurrahayu Qomarodin  yang dilaporkan hilang pada 18 Jun lalu oleh ibu bapanya dipercayai dibakar di dua lokasi berasingan iaitu Sungai Tiram dan Tanah Perkuburan Hindu, Masai dekat sini yang jarak di antara kedua-duanya kira-kira 20 kilometer bagi menghilangkan bukti.
Keadaan mayat mangsa yang merupakan anak seorang pengusaha kantin di sebuah kuari di Masai ditemui hanya tinggal cebisan rambut, baju dan selipar di tanah perkuburan berkenaan di antara pukul 4 hingga 5 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, berdasarkan laporan saksi, mangsa dikatakan dilarikan oleh seorang lelaki pada hari kejadian dan sejak itu tidak pulang ke rumah keluarganya.
“Pihak polis yang menjalankan siasatan kemudian mendapat maklumat daripada orang awam yang memberitahu menjumpai cebisan rambut, baju dan selipar di sebuah tanah perkuburan Hindu, Masai.
“Berdasarkan siasatan, kesemua barang bukti konsisten dengan kes kehilangan mangsa,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Menurut Roslan, susulan penemuan mayat itu, pihaknya menahan seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun yang bertugas di kuari tempat bapa mangsa mengusahakan kantin.



Ya allah , dah lah dia dibunuh , mayatnya dibakar sebanyak dua kali untuk hapuskan bukti . Yang paling den  tak dapat terima hakikat tu  yang penyangak  tu  adalah  seorang  pegawai keselamatan dan dia  disahkan pihak polis  mempunyai  8 rekod jenayah ,termasuk melarikan orang , mencederakan dan pecah rumah. ni baru betul  'Hantu  bertopengkan pegawai keselamatan '



Tak cukup dibunuh , si gadis juga turut  dikerat dan ............




Kes pembunuhan Nurrahayu Qomarodin: Keluarga mencari kepala arwah



“Tolonglah, kami merayu kepada pihak berkuasa supaya mencari kepala arwah secepat mungkin, kami reda dengan apa yang berlaku tapi tidak tenang selagi belum dapat mengebumikan jasadnya,” kata ibu mangsa pembunuhan kejam Nurrahayu Qomarodin, 16, atau Ayu.
Umidah Setu, 49, berkata, mereka sekeluarga yakin kecekapan polis menjalankan siasatan, namun berharap pihak berkuasa dapat menemui kepala arwah anaknya secepat mungkin.
Katanya, sikap dan kelakuan Ayu sebagai anak tiada cacat celanya dan disifatkan sangat baik serta mendengar kata.
“Ayu sangat manja, mukanya tidak pernah masam sebaliknya hanya tersenyum manis. Jika kena marah, arwah tidak akan melawan sebaliknya lebih suka berdiam diri dan menurut perintah kami.
“Arwah juga ringan tulang kerana suka membantu orang dan kadang-kadang tolong kami menjual air minuman dengan menaiki van di kawasan berdekatan,” katanya.




Wajah sayu si ibu sewaktu hari pengkebumian anak nya .


AL FATIHAH , Semoga roh arwah dicuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang beriman .



Nota cikGERGASI: Aku bukan nak emo tak bertempat , tapi tolonglah adik kakak makcik cik kak tolonglah jaga diri.tolonglah tolonglah.tolong anggap semua orang dekat luar tu adalah jahat , so nanti kita lebih berjaga-jaga.jangan ikutkan hati muda , perangai muda.jangan ingat semua tempat selamat , semua orang baik macam mak ayah kita.macam macam buaya ada dekat luar tu , so sama sama kita jaga diri kita dongg kawan ! 


WANITA ADALAH GOLONGAN YANG PERLU DILINDUNGI BUKAN DIANIAYA .TITIK !


18 comments:

  1. Betul ,kejam.harus bagi ayam makan je si penyangak itu

    ReplyDelete
  2. haih..kalau tak hukum gantung ni tak taw la nak cakap ape..

    ReplyDelete
  3. kuang asam yang buat ni.tau la tempat dia kat akhirat nanti.nauzubillah

    ReplyDelete
  4. sumpa kejam pakcik tua tak sedar dri !

    ReplyDelete
  5. pergh,pak guard yg kite ingiat baik pun rupenye dajal jugak kan.

    fea,awat lame tak update ni ? haa ni nak mrh ni.hehe

    ReplyDelete
  6. saye tinggal kat masai. takutnye. :((

    ReplyDelete
  7. Fqh : ya dear , perlu setimpal untuk si penyangak .ni baru kat dunia ,akhirat dia tak jumpa lg

    ReplyDelete
  8. si kelabuu : yaaaa sayang , tgu je dia kat akhirat .huwaa lendu nak gelak dengan awak kelabus!

    ReplyDelete
  9. atien : ya sudah tua patut dah lama bertaubat , smoga roh si gadis dikalangan org beriman.aminn

    ReplyDelete
  10. sofea : Al fatihah dear, sama2 kita jg diri

    ReplyDelete
  11. sis zakia : pak guard takboleh nak harap lg sis , makin pedajal tulah dia .company tu pn before ambik dy keje tak gheti nak cek2 dulu haih . haha yaaa fea tak serajin awak sista ,makin pemalas betui skrg .tlg bg lutut = ; =

    ReplyDelete
  12. starzitie : samalah , fea area situ jgk . sama2 kita jaga diri yaa dear , jgn kua sorg2 ! bhaya ssgt skrg ,smua mcm penyangak

    ReplyDelete
  13. takot gile dengar bende2 camni. mintak dijauhkan ! -_-

    ReplyDelete
  14. ni bukan manusia dah.. ni shetonn!!!

    *ape ke bangang majikan amek org yg ade rekod jenayah.. bkn 1... 8!!!

    latest entry 2 Benda yang Blogger TAKUT & Urban : Camera Paling CANGGIH

    ReplyDelete
  15. Azeya : ya dear , mintak dijauhkan . jaga diri yaa

    ReplyDelete
  16. Kaizen : tulah peliknyaa , syarikat main bedal je amik pekerja kan

    ReplyDelete