Friday, July 22, 2011

Short conversation




Emak  : Kenapa semua pinggan/cawan bau sabun heh ?

(Bapak menyampuk) :  Dah  minum air semua rasa sabun

Anak : Iyeke ?  kan wangi  tuh  .abes axion dah habih

Emak : Abis cuci pakai apa ?

Anak : Downy passion  (bangga)

Emak/Bapak : @#$%^&*()_+(*&^





* Akibat kecerdikan si anak yang tiada tandigan itu dia dihukum membasuh semula kesemua set pinggan mangkuk beserta mangkuk jambans .LOLLLLLLLLLLLLLL

Thursday, July 21, 2011

Engkau ni pelindung ke pengkhianat ??


 Aku tengah garang.
Aku tengah marah.
Aku rasa macam nak kunyak kunyah gegendang telinga seseorang
Tekanan darah aku naik mendadak.
Harini aku masak tomyam guna sos cili.
Harini jugak aku basuh pinggan pakai siku.



SEBAB NI LAH PUNCA DIA !






JOHOR BAHRU – Seorang remaja berusia 16 tahun ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila mangsa dibunuh dan dibakar sebanyak dua kali sebelum cebisan mayatnya ditemui di Tanah Perkuburan Hindu, Masai dekat sini kelmarin.
Mayat mangsa, Nurrahayu Qomarodin  yang dilaporkan hilang pada 18 Jun lalu oleh ibu bapanya dipercayai dibakar di dua lokasi berasingan iaitu Sungai Tiram dan Tanah Perkuburan Hindu, Masai dekat sini yang jarak di antara kedua-duanya kira-kira 20 kilometer bagi menghilangkan bukti.
Keadaan mayat mangsa yang merupakan anak seorang pengusaha kantin di sebuah kuari di Masai ditemui hanya tinggal cebisan rambut, baju dan selipar di tanah perkuburan berkenaan di antara pukul 4 hingga 5 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, berdasarkan laporan saksi, mangsa dikatakan dilarikan oleh seorang lelaki pada hari kejadian dan sejak itu tidak pulang ke rumah keluarganya.
“Pihak polis yang menjalankan siasatan kemudian mendapat maklumat daripada orang awam yang memberitahu menjumpai cebisan rambut, baju dan selipar di sebuah tanah perkuburan Hindu, Masai.
“Berdasarkan siasatan, kesemua barang bukti konsisten dengan kes kehilangan mangsa,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Menurut Roslan, susulan penemuan mayat itu, pihaknya menahan seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun yang bertugas di kuari tempat bapa mangsa mengusahakan kantin.



Ya allah , dah lah dia dibunuh , mayatnya dibakar sebanyak dua kali untuk hapuskan bukti . Yang paling den  tak dapat terima hakikat tu  yang penyangak  tu  adalah  seorang  pegawai keselamatan dan dia  disahkan pihak polis  mempunyai  8 rekod jenayah ,termasuk melarikan orang , mencederakan dan pecah rumah. ni baru betul  'Hantu  bertopengkan pegawai keselamatan '



Tak cukup dibunuh , si gadis juga turut  dikerat dan ............




Kes pembunuhan Nurrahayu Qomarodin: Keluarga mencari kepala arwah



“Tolonglah, kami merayu kepada pihak berkuasa supaya mencari kepala arwah secepat mungkin, kami reda dengan apa yang berlaku tapi tidak tenang selagi belum dapat mengebumikan jasadnya,” kata ibu mangsa pembunuhan kejam Nurrahayu Qomarodin, 16, atau Ayu.
Umidah Setu, 49, berkata, mereka sekeluarga yakin kecekapan polis menjalankan siasatan, namun berharap pihak berkuasa dapat menemui kepala arwah anaknya secepat mungkin.
Katanya, sikap dan kelakuan Ayu sebagai anak tiada cacat celanya dan disifatkan sangat baik serta mendengar kata.
“Ayu sangat manja, mukanya tidak pernah masam sebaliknya hanya tersenyum manis. Jika kena marah, arwah tidak akan melawan sebaliknya lebih suka berdiam diri dan menurut perintah kami.
“Arwah juga ringan tulang kerana suka membantu orang dan kadang-kadang tolong kami menjual air minuman dengan menaiki van di kawasan berdekatan,” katanya.




Wajah sayu si ibu sewaktu hari pengkebumian anak nya .


AL FATIHAH , Semoga roh arwah dicuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang beriman .



Nota cikGERGASI: Aku bukan nak emo tak bertempat , tapi tolonglah adik kakak makcik cik kak tolonglah jaga diri.tolonglah tolonglah.tolong anggap semua orang dekat luar tu adalah jahat , so nanti kita lebih berjaga-jaga.jangan ikutkan hati muda , perangai muda.jangan ingat semua tempat selamat , semua orang baik macam mak ayah kita.macam macam buaya ada dekat luar tu , so sama sama kita jaga diri kita dongg kawan ! 


WANITA ADALAH GOLONGAN YANG PERLU DILINDUNGI BUKAN DIANIAYA .TITIK !


Friday, July 1, 2011

Unexpected Gift






Mail Lambung (bukan nama sebenar) text   me pagi  pagi dan mintak pergi   post office ambil  barang  dan  dengan  lemau   saya akan cakap  yolah yolah yolah  dan situasi  akan berlanjutan sampai dua 2-3 hari dan   lepas kene jerkah baru terhegeh nak buat  .apa punya slow lah tumbesaran engkau ni peah  .



After class pergi ambik barang dan terbongkang balik tidur ,Lupa dengan bungkusan dari Mail Lambung (bukan nama sebenar)  tadi .After solat zuhur  baru   terhegeh nak bukak dan okay mannnnnnn , ini sangat cooooooooooolllllll





1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5












AS   for  Ain Sofea ! pralalalala .nak berjoget pancreas den macamni .seumur hidup tak penah  ada benda comel macamni  ,kann dah terasa muda .















Siap ada signature fuhhh , terasa macam  tengah  bercinta dengan Aaron  Aziz  pulak nih .huhahaha



dan untuk ini juga , syukraaaaaann ! dah selamat saya bahagi bagi bagi  dekat semua , bukan  membaham sorang sorang  sebap  emak cakap ' kita mesti selalu share  kebahagiaan kita dengan orang ' .baik pulak anak  emak meh  usap   kepala meh. .










Nota untuk Mail Lambung bukan nama sebenar : Den mungkin  macam tak reti nak  buat benda benda  comel bagai bagai ni  , den  jugak  tak berapa nak ada nilai   kelembutan yang tinggi  tapi bila den  dah ada sesuatu  den  tak   pernah  sia  sia kan , Insyaallah &  terimakasih  untuk  effort anda ! Ada rezeki bagi lah lagi ,ehh  yang  tu takde dalam skrip .HIHI



Thankyou  for reading !